Sempena hari Wiayah 2021, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan kurnian darjah kebesaran, bintang dan pingat kepada 143 penerima di Istana Negara.
1. Darjah Kebesaran Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.
a.Penerimanya Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menteri kewangan
b. Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menteri besar Pahang.
2. Darjah Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran Datuk Seri
Penerimanya: 15 orang penerima.
a. Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, Menteri Tenaga dan Sumber Asli,
b. Datuk Seri Takiyuddin Hassan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ,
c. Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Rosida Jaafar, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) Jabatan Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Suhaime Mahbar, Pengerusi UDA Holdings Berhad, Datuk Seri Jalaluddin Alias serta Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, Profesor Datuk Seri Dr Awang Sariyan
3.Darjah Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk
Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Senator Datuk Ras Adiba Radzi dan 41 penerima darjah Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk.
Penerima yang lain ialah, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin, Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Ali Biju dan Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Willie Mongin.
Juga menerima.... Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Mastura Mohd Yazid, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Arthur Joseph Kurup..
0 Comments:
Post a Comment